Monday, November 9, 2009

Sejarah Penubuhan Koperasi Serbaguna Guru-guru India Malaysia Berhad

Latar belakang Gerakan Koperasi di MALAYSIA

Gerakan Koperasi di Malaysia bermula sejak tahun 1920-an lagi. Perkembangan koperasi di Malaysia berlaku dengan agak pesat lebih-lebih lagi adanya galakkan yang memberangsangkan daripada pihak kerajaan. Penubuhan Jabatan Pembangunan Koperasi dan seterusnya Kementerian Pembangunan Koperasi adalah bukti kepada komitmen kerajaan terhadap pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Terdapat lebih 3 000 koperasi yang beroperasi di Negara kita pada masa kini.

Bagi masyarakat India pula, Koperasi Permodalan Tanah Berhad atau NLFCS adalah antara yang terawal dan tersohor bagi kaum India negara ini sehingga kini. Selain itu, Koperasi Kredit Pekerja (KKP) yang diasaskan oleh Dr. Letchumanan juga mempunyai bilangan ahli yang agak besar dan masih mendaftarkan ahli-ahli baru. Satu lagi bentuk koperasi yang berorientasikan kaum India ialah Koperasi Guru-guru Sekolah Tamil yang beroperasi di peringkat negeri.


Latar belakang penubuhan KOPERASI SERBAGUNA GURU-GURU INDIA MALAYSIA BERHAD


Idea untuk menubuhkan koperasi ini muncul atas kesedaran perlunya satu koperasi pada peringkat kebangsaan bagi kakitangan kerajaan (India) dalam perkhidmatan pendidikan memandangkan peratusan terbesar kakitangan kerajaan keturunan India adalah dalam sektor pendidikan. Sektor perkhidmatan pendidikan merangkumi peringkat sekolah rendah (semua jenis) hinggalah peringkat universiti. Kita memerlukan satu koperasi yang dapat menampung keahlian kakitangan perkhidmatan pendidikan pada semua peringkat. Maka, satu-satunya pilihan yang ada ialah KOPERASI SERBAGUNA GURU-GURU INDIA MALAYSIA BERHAD.

Bagi kami, kelulusan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menubuhkan koperasi adalah satu kejayaan yang amat bermakna. Sebenarnya, usaha-usaha pendaftaran koperasi ini bermula sejak tahun 2006 lagi. Individu-individu yang terlibat secara langsung dalam mendaftarkan koperasi ini telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan . Komitmen yang tidak terhingga kumpulan ini telah membawa kepada lahirnya koperasi peringkat nasional yang pertama bagi kakitangan kerajaan keturunan India. Antara individu yang terlibat secara langsung dalam penubuhan koperasi ini ialah Saudara M.Balasubramaniam dan Saudara M.Meiyappan. Selain daripada itu kami juga telah dibantu oleh, En.V.Muralee, En.K.Padmanathan, En.Mathivannan dan En.N.S.Kamalanathan.

Kami komited untuk menjadikan koperasi ini antara yang terbaik di negara ini. Impian kami akan menjadi realiti dengan adanya penyertaan saudara dan saudari sebagai ahli koperasi ini. Marilah kita sama-sama membangunkan satu koperasi yang bakal mencipta nama dalam dunia koperasi Malaysia.

Tuesday, October 27, 2009

Kelebihan Menjadi Anggota Koperasi Ini

* Koperasi Guru-guru India yang pertama diperingkat kebangsaan.

* Terbuka kepada semua guru / pegawai / pensyarah berketurunan India yang bertugas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia @ Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

* Layak memohon pinjaman selepas 6 bulan menjadi anggota koperasi ( Koperasi Baru & perlu kumpul dana untuk mengeluarkan pinjaman ).

* Menawarkan pelbagai jenis pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
> Pinjaman Tergempar Tanpa Faedah ( Tertakluk kepada syarat khas )
> Pinjaman Tergempar Dengan Faedah - 4.0 % setahun
> Pinjaman Berjamin & Lain-lain jenis pinjaman - 4.5 % setahun

* Tempoh bayaran balik maksimum sehingga 180 bulan.

* Skim bayaran melalui potongan gaji Biro Perkhidmatan ANGKASA.

Sila E-mail Nama dan Alamat anda ke : koperasiguru@gmail.com untuk mendapatkan borang permohonan.

# Meiyappan - Bendahari : 019 279 2996

Thursday, April 2, 2009

AHLI LEMBAGA KOPERASI

Pengerusi - En.S.Balasubramaniam ( 016-696 4545 )
Bendahari - En.M.Meiyappan ( 016-279 2996 )
Setiausaha - En.V.Muralee ( 016-3539122 )

ALK
En.K.Padmanathan - Johor
En.Mathivanan - Selangor
En.N.S.Kamalanathan - Melaka


* Sila berhubung untuk mendapatkan borang permohonan keahlian.